November 12, 2018

Jalan-Jalan Selangor Fruits Valley

Assalamuaikum...


Hai...



Cerita ini adalah cerita dua minggu lepas, sayang jika tidak dicoretkan di sini, kenangan bersama keluarga dan anak-anak adalah kenangan paling berharga. Lepas ni banyak la backdated punya update yang akan anis kongsikan di sini.


Okay, kali ini anis dan keluarga pergi jalan-jalan ke Selangor Fruits Valley. Alhamdulillah, menyeronokkan. Ariq dan Aisy pun happy.

Untuk masuk ke Selangor Fruits Valley ni, bayaran dikenakan untuk seorang dewasa ialah RM10. Ariq dan Aisy percuma sebab masih di bawah umur. Jadi total untuk kami sekeluarga masuk ke dalam Selangor Fruits Valley ini ialah RM20.00.

Sebelum jalan-jalan, kita sarapan dulu...
I Love Selangor Fruits Valley.
Di dalam Selangor Fruits Valley ini, tram disediakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tram dia comel je... Kami pergi ke 3 check point. Check point pertama ada taman herba, ada restoran, ada buah-buahan untuk dijual, madu kelulut dan pelbagai lagi. 

Tram
Ni gambar depan tram...
Madu kelulut

Taman herba.
Kemudian, kami pergi ke check point ke dua. Iaitu taman arnab. Masa dalam perjalanan ke taman arnab, ada taman rusa. Tetapi, tram tidak berhenti di taman rusa, hanya melaluinya sahaja. 

Taman Rusa...


Bergambar depan sign Taman Arnab...
Di taman arnab ini, kita boleh pegang arnab-arnab yang ada di sni. Pekerja di sini juga boleh membantu kita untuk mengambil gambar bersama arnab-arnab. Jadi, ini boleh jadi pengalaman yang bagus untuk anak-anak.


Perbualan antara ibu dan anak.

Ibu: Ariq, Aisy, ini arnab.
Ariq: Bukan, bukan arnab.
Ibu: Eh, kalau bukan arnab, apa dia ni Ariq?
Ariq: Rabbit. (Dengan muka yang bangga)

Check point ke tiga, rumah kampung, ada kandang kambing dan juga, boleh minum air kelapa yang dijual di sini.


Sekian sahaja coretan untuk kali ini.





Jalan-Jalan Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikum...


Hai...


Bila dah jadi parents ni, setiap hujung minggu anis dan husband pasti akan search tempat-tempat menarik sekitar ibu negara dan juga lembah klang untuk bawa anak-anak beriadah. Jadi, hujung minggu lepas, kami pergi ke Taman Botani Negera Shah Alam.



Pintu masuk. Sampai-sampai je, kena bergambar dulu.

Seronok sebab tempat dia besar. Macam macam ada. Antara yang menarik di sini dan yang sempat kami kunjungi:

Rumah empat musim

Okay, sekarang ni musim luruh dalam rumah empat musim ni. Ada jadual dia. Boleh rujuk ke lama web Taman Botani Negara Shah Alam. Semua info boleh dapat kat situ.

Untuk masuk ke dalam taman ni, bayaran RM3.00 seorang. Untuk masuk ke rumah empat musim juga dikenakan bayaran RM3.00 seorang. Ariq dan Aisy  masuk percuma, sebab masih di bawah umur. Jadi, total untuk kami sekeluarga untuk masuk ke sini ialah RM12.00. 

Selepas membuat bayaran, kami menunggu bas untuk pergi ke rumah empat musim. Kita boleh naik sahaja bas di dalam Taman ini kerana sudah termasuk dalam yuran. Kalau tidak mahu naik bus, boleh sahaja berjalan. Tetapi mungkin mengambil masa juga sebab kena mendaki jalan bertar.

Haaa. Ni dia signboard ke rumah 4 musim. Ambil gambar dengan signboard dulu.
Sebelum masuk rumah empat musim, kita ambil gambar keluarga depan replika-replika rumah ni. Cantik juga.

Autumn...
Ariq tengah cari ikan dalam kolam tu. Ibu macam biasa, kena sentiasa bersedia untuk ambil gambar yang cantik.

Ibu anak dua. Ibu yang seronok bergambar... hihi

Rileks ariq, jangan pening-pening.

Cantekssss.

Taman Haiwan

Okay, di taman haiwan ni, terdapat beberapa jenis haiwan. Boleh juga bagi rusa makan. Makanan rusa ada dijual di sini.

Ariq bagi rusa makan lobak merah.
Sebenarnya, ada lagi haiwan yang lain disini. Tetapi ini sahaja yang sempat kami pergi tempoh hari. Lain kali boleh pergi lagi. InsyaAllah.


Sekian.

March 10, 2018

I am a Mother of 2

Assalamualaikum...


Hai...


Alhamdulillah. 1 February 2018 (11.53pm), i selamat melahirkan anak kedua. Baby boy... Syukur... Sekarang ni dah jadi mak anak dua...hehehe. Masih dalam mood berpantang. Beberapa hari je lagi nak habis pantang. Yayy.... Sekarang ni tengok makanan bukan makanan pantang semuanya sedap. Sabar2...hehehe....

Lepas2 ni i nak share pengalaman i melahirkan anak-anak i. Nanti boleh anak-anak i ni baca bila dah besar nanti... hehehe

Teringat lagi, sebelum bersalin hari tu tiap-tiap hari google tanda nak bersalin. Macam-macam cerita yang i baca. At least boleh jd kan panduan kan... Sebab setiap kelahiran itu kan berbeza.

Okay, nanti i sambung...


Sekian...

April 21, 2017

Happy birthday to me...


Assalamualaikum...


Hai...


Today is my birthday. Alhamdulillah. Syukur. Kali ini disambut bersama keluarga. Terima kasih kesayanganku...

Birthday cake yg dipotong bersama Ariq... Alhamdulillah...

Close up blueberry cake yg sedap...

Selfie di hari ulang tahun kelahiran... ^^
Sekian sahaja...