November 28, 2011

Ku Menunggu...^_^

Morning,,,,,

yayyy,,, hasil kesabaran yg tidak t;hingga... haha,,,,
tepat jam 7.00 pg,,, akhir nye,, b'jaya jugak siap kn registeration subjek,,,
setelah menunggu dan terus menunggu,,, huuu~

Alhamdulillah,,, dapat jugak yg diingin kn....

So,,, daripada dilema semalam,,, akhirnye aku decide amek cadangan 2....
Masa utk tido lg,,,hahaha, 

November 27, 2011

Dilema...

Haaa.... bila tiba masa nk register subjek utk sem dpn,, mula lah sume dok sibok pkir nk amek subjek apa... bkn nye x pnah pkir sblm ni... tp walaupun dh pkir2,, kne plak consider mcm mane lecturer and assessment utk subjek tu... mmg sgt m'bantu jika pilihan subjek kita tepat... So,, sebelum stat nk dftar kul 12 tgh malam ni... jom kita decide...

CADANGAN 1


CADANGAN 2


Tinggal lagi beberapa minit....

Huuuuuu~

Selamat Tahun Baru....^_^

Alhamdulillah....
Hari ini sudah masuk lah kita dalam tahun 1433H...

Tahun ni temanya "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"...
Semoga dgn azam yang baru, kita dapat membina kehidupan & kejayaan yang lebih baik... Amin..

Sekian..

Alhamdulillah...


UMP raih 9 pingat di BioMalaysia 2011



Kuala Lumpur, 21 November- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mencatat kejayaan apabila meraih sembilan pingat iaitu satu emas, satu perak dan tujuh gangsa dalam Pameran BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik Mengenai Industri dan Biotenaga 2011 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pingat emas UMP diraih oleh Dr. Arun Gupta dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) menerusi projek penyelidikannya bertajuk "Formulation of Anti Aging Cream With UV Protection From Chicken Feathers".
Manakala projek penyelidikan bertajuk "Production of Second Generation Biodiesel From Rubber Seed Oil Using Cement Clinker Derived Catalyst" oleh Dr. Jolius Gimbun juga dari FKKSA meraih pingat perak.
UMP yang mempertaruhkan 11 projek penyelidikan pada kali ini turut berbangga apabila ruang pamerannya dianugerahkan sebagai ruang pameran terbaik bagi kategori ruang pameran mesra pengunjung.
Tujuh produk penyelidikan UMP meraih pingat gangsa iaitu tiga dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), "Bioleaching of Silver Nano Particles from Hazardous Wastes" oleh Dr. Essam Abdellatof Makky, "Biolabisia – A Standardized Plant Extract For Weight Management" oleh Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff dan "Gaharu Aromaster Kit" oleh Dr. Saiful Nizam Tajuddin .



Turut menerima pingat gangsa adalah Profesor Madya Dr. Ghazi Faisal Najmuldeen dari FKKSA menerusi projek penyelidikan bertajuk "Castor Oil The Future Industrial Oil For Malaysia", Nor Maniha Abdul Ghani dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) menerusi projek "Eco-cell – A Novel Vermicomposting Method for Energy Production (Waste to Wealth)" , Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dari Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Alam (CERRM) bertajuk "Biodegradation Treatment Solution" dan Noor Suraya Romali dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) menerusi "Application of N-Filter For Wastewater Treatment".
Lain-lain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengambil bahagian ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Pada majlis ini juga menyaksikan pelancaran Strategi Biomas Kebangsaan yang dirasmikan Dato’ Sri Mohd Najib mengenai dasar baharu bagi meningkatkan kemampuan negara dalam bidang biomas ke arah menjadikan hab dunia dalam bidang bioekonomi dan bioteknologi.
Dalam ucapannya beliau berkata, strategi baharu yang bertemakan ‘Biomas Ke Arah Kekayaan’ itu akan dibangunkan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT), agensi kerajaan berkaitan serta sektor korporat dan universiti.
"Strategi ini akan mendorong kepada perkembangan industri bernilai tinggi yang baharu seperti biotenaga dan biokimia serta menjana 70,000 peluang pekerjaan dengan 40,000 merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengumumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), BiotechCorp dan agensi-agensi berkaitan akan melancarkan satu pelan cadangan Bioekonomi bagi Malaysia bagi melengkapi Dasar Bioteknologi Negara.
Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Haji Fadillah Yusoff dan Pengerusi Biotech Corporation, Tan Sri Ahmad Zaharudin Idrus.

Posted By : SYED MOHD HAFIDZ BIN SYED HUSSIN Date Posted : 25-11-2011, 15:23:06



Article ni aku ambil dr laman web UMP....
Alhamdullah... itu yang mampu kuucapkan dengan kejayaan ni...
semoga ini adalah permulaan yang baik kepada aku untuk membina kerjaya yang terbilang... Amin...

Begitu juga dengan sahabat2 yang lain...
Jom kita membina kejayaan bersama.... ^_^

November 26, 2011

Ber' Outing...huhu

bile ckap psal outing, tringat tyme sekolah asrama dulu kn,,, ahakkkss

seperti biasa,,, lama dh x m'update,,, so,, aku wt himpunan cite kt sini.. haahaa...
peristiwa yang diceritakan di bawah adalah peristiwa yg b'laku beberapa minggu lpas....huuu~

wokeyh,,, nk dijadikan cite,,, aku n fwens jln2,, motip utama aku nk cari bekas utk letak cream projek aku...
susah gler kot nk cri mengikut apa yg aku nk,,haha,,, bape mall,, hypermarket, and market mencari...

oleh kerana kehampaan...
We all decide nk pegi JJ Kimbab,,, Nk mkn makanan korea la kate kn...
dengan tekad yang jitu, hehu,,, n atas bantuan seorang sahabat melalui phone call + gps (kau mampu dlm bandar kuantan yg permai ni bukak gps semate2 nk cari JJ Kimbab) haha...
Last2,, sampai la we all dalam satu small town kat kuantan ni,,, aku x pnah plak smpai kt sni sblm ni...
siap ada kedai feeling2 korea (JJ Kmbab) n jepun kot... hahaha...

secara x sengaja,,, termasuk satu mini market yg feeling2 jepun kt small town ni kn..huuu~.. (motip utama tetap x dilupakan,,hehe).. akhirnya dengan secara x sengaja, jumpa jgak aku dengan bekas yg dicari....  Alhamdulillah....

Lpas 2 apa lg,,, MAKAN tyme!!! Yayy...


Aku di hari kejadian...huuuu~ (sila teleng utk mendapatkan posisi mata yg betol....)


Mood: Love... heeeee~


The Anniversary

Assalamualaikum....

okay,, Sempena post ari ni,,, i nk wish anniversary utk i and my love,,, heee~...
Actually,,, dh lpas dh....
Walau apa2 pn,,, ttap nk jgak kn....huhuhu...

 so,,, diharapkan & moga2,, hubungan ini akn kekal n love u dear...^_^
sory... heeee~


Gambar harus la ada skali kn.... heeee~

Tata.....

November 11, 2011

11.11.11

hai uolllzzzzz,,,

ari ni sume or bz mengatakan ttg 11.11.11
ada yg katakan ini adalah tarikh keramat & ada jugak yg x setuju dgn penyataan ni...

bagi aku,,, apa2 pn, tarikh yg cantik kn,, kn3,, =)... hehu