June 30, 2012

Lynn's Wedding...

Assalamualaikum....

Hai...

Hari ini sepantas kilat i menghupdate blog kesayangan...hehehe... Tetibe je laju kan,,, slame ni b'bulan2 dok simpan story...Huuuu~

Actually, hari ni ada majlis perkahwinan classmate and ex-rumet... So,, exited pulak...haha... Sempena majlis perkahwinan Lynn & Awie,, we all dgn semangat yang berkobar-kobar telah memulakan perjalanan dari bumi Gambang ke Kemaman... Alhamdulillah,,, Segalanya berjalan dengan lancar, kami selamat pergi & balik...=)...

First...
Tahniah utk Lynn & Awie... Selamat Pengantin Baru and semoga bahagia bersama hingga syurga...^_^...

Second,,,
Apa lagi,, x perlu gebang byk2... Moh kite tgk gmbar2 utk hari ni.... (LOVE LOVE LOVE)


Atikah & Anis....

Testing Testing Testing....Huuu~

Yeahhhh!!!!,,, Datang2,, rasmi pelamin org...haha

Comelll!!!!

Dua-dua Comel... kn3....hehe

We olllzzzzz....

We Olllllzzzz lagi.,,,,

Beauties....

Heroessss....

Bersama mempelai... =)

Pengantin & we ollzzzz...


Pengantin & Jejaka2....


Anis....Huuuuu~


Bakal Pengantin...heeee~


Love the dresss!!!


Makan2 sblm balik....^_^

Afifah & Atikah

Khafniza, Anis & Aisyah...



Sekian saja....






June 29, 2012

Kelebihan Berselawat


Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. 
Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.     Melaksanakan perintah Allah.
2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Sumber: The official Portal of Negeri Sembilan Mufti Department...

June 28, 2012

"Segmen Tingkatkan Followers dan Trafik Blog bersama Jejariruncing"


Assalamualaikum.....

Hai,,,

Hari ni entry i lain skit...
Stelah lama x buat entry ttg contest2 ni,,,
hari ni i nk buat la,,,heee~... (Gediksss...haha)

Eh,, kenape kat sini ada gambar Kak Jejar??? Heee~
Sbb i pown salah sorg followers blog jejariruncing.blogspot.com ..=)
So,, kat sini i join salah satu contest yg Kak Jejar anjurkan...
Sbb slame ni ada je tgk kak Jejar wt contest n lain2,, tp x smpt nk join... bz la kate kn...Huuu~

'create

So,,, apa lagi,,, jom kita undi...



Cara VOTING adalah:

1st: Klik LINK ni






2nd: scroll down dan klik lagi butang VOTE




Tp,,, kt sini lain skit,,, uollzzz kne register utk mengundi,,, 

Walau bagaimanapun,, usaha anda utk register adalah berbaloi kerana pengundi bertuah berpeluang utk membawa pulang baucer Levi's bernilai RM300. (Rugi kalu x ambil peluang ni,, i sendiri dah register sbg pengundi tegar,,, Gitewwww.. heeee~)



3rd: Bila dh siap register,,, uoolllzzz akn dpt activation link utk m'active'kan kerjaya anda sbg pengundi...heeee~... Kt bwh ni menunjukkan page korg utk login....



4th: Uolllzzz boleh vote tiap2 hari tau... ^_^.. So,, jom undi Miss Aimie...


Sekian sahaja...



June 23, 2012

Photoshot di Taman Gelora....

Assalamualaikum...

Hai,,,
Hari ni,,, i pegi photoshot dgn kwn2 i..(Kecoh je kn...haha)..
Tetiba je rasa nk b'gambar kn... Lpas 2 tetiba sampai tmn gelora..hiii~.
So,, apa lg,,, kte enjoices...^_^..
Even x prepare apa2 pn....
Without make up,,, persalinan yg smple(model2 i la...haaa~)...(I mmg smple pn,, heeee~)
I still dapat shot yg cantek... Thanxxx uoollzzz...
Meriah ptg2 di hari minggu ni keluar dgn uolllzzz...hehehehe.....

So,, apa lg... jom layan gambarsss...

Ecah & Mekca in Da House...^_^

Mekca...=)

Ecah...=)

Tetiba gmbr photographer ala2 main lompat ting ting di tepi pantai...haahaa~

Ecah & I...(Ketika sedang b'baik...haha)


Ecah & I... (Ketika sdg??? X pasti...Hahaha...) So funny dis pic....

Sekian sahaja.....

June 22, 2012

Alhamdulillah... Got two gold medal (INPEX US)


Assalamualaikum....

Hai...


Terima Kasih UMP kerana telah sediakan artikal ini dgn lengkapnye,,,So,,, sbg membalas jasa baik ini,,, i gunakan dengan sebaiknya tanpa segan silu disini...huuuu~

So, hari ni post i just copy & paste... Heee~.


UMP Raih 4 Pingat Emas dalam INPEX Amerika Syarikat


 
Amerika Syarikat, 15 Jun- Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya  mencipta nama di persada antarabangsa apabila menang empat pingat emas dalam Pameran Rekacipta & Produk Baharu atau dikenali sebagai INPEX 2012 yang berlangsung di Monroeville Convention Center, Pittsburgh, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dua pingat emas disumbangkan penyelidikan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) yang diketuai Dr. Arun Gupta yang mencipta krim anti penuaan daripada bulu ayam berjaya meraih dua pingat emas bagi kategori Kimia dan Produk Rawatan Peribadi.

Penyelidikan bertajuk “ Formulation of Anti Aging Cream With UV Protection From Chicken Feathers’  ini turut dijayakan bersama Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Siti Nur Khairunisa binti Mohd Amir.

Menurut Dr. Arun, protein keratin yang diekstrak daripada bulu ayam mengandungi jujukan asid amino yang tinggi  dapat membantu merangsang pertumbuhan semula sel kulit baharu.

“Ianya dapat menggalakkan pertumbuhan semula kolagen dan elastik sehingga menyebabkan kedut hilang secara perlahan-lahan.”

“Kebanyakan produk krim penuaan dari luar negara dihasilkan menggunakan bulu biri-biri yang diekstrak kerana pengeluaran di sana tinggi peratusannya.

Berbeza di Malaysia, peratusan penternakan ayam di Malaysia adalah lebih tinggi, maka ianya lebih mudah diperolehi dan harganya pula jauh lebih murah.

Beliau berkata, beberapa siri uji kaji turut dilakukan dan mendapati krim yang dihasilkan ini selamat digunakan; bebas daripada bahan yang membahayakan pengguna serta tiada kesan sampingan.

Sementara itu, UMP turut menerima satu pingat emas hasil penyelidikan Dr. Jolius Gimbun dari FKKSA menerusi tajuk penyelidikan “Chemically Treated Limestone Based Catalyst (LBC) for Biodiesel Production” yang dijalankan dengan penyelidik Chitra Charan Suri, Shahid Ali Wafa Muhammad dan Dr. Said Nurdin.

Pingat emas keempat diraih penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Profesor Madya Dr. Zularisam Abdul Wahid. Penyelidikan bertajuk  “UMP CaO granules: POME for Energy” turut dibantu penyelidik Abdul Syukor Abd. Razak.

Pameran INPEX adalah pameran terbesar yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kendalian oleh InventHelp dalam mempamerkan  pelbagai ciptaan, produk baru dan inovasi yang menjadi tumpuan pereka, usahawan dan wakil industri dari seluruh negara.

Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 20-06-2012, 16:42:46

June 20, 2012

K23...

Assalamualaikum.....

Hai...


Okay,,, hari ni i nk story2 ttg K23's Day....
Tarikh dan hari kejadian adalah seperti berikut.....
13/6/2012,Rabu, Pantai Balok, Kuantan.... Haaa,,, kte org pegi picnic hari rabu... Weekdays & hari bekerja pulak 2... Hebat x??? (Tetibe je kn)..huuh,,,

Next story,,,,
Famili Day K23 kali ni adalah yang terakhir semasa kami bergelar stdn ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia UMP 2008/2012... Sob3... Tp x pe,,, Lepas ni,,, jika berkesempatan,, InsyaAllah kita semua akn diberi peluang untuk bersama dalam next K23's family day... Amin...

4 thn b'sama... Mcm2 pengalaman yg i dpt... Thanxxx semua... Halalkan segala ilmu, mkn minum n segalanya... Wish uolllzzz alll the best...

So,, here i want to share with uollzzz the pics of us.. Mybe uolllz dh ada sume pics ni... Tp i nk tempek kt sni... Sng utk i n uollzzz k tgk nant... (Gigih sgt!! Huuuu~)

K23's Family...

The foods... Ni antara mknan yg smpat dicaptured oleh photographer b'tauliah... Heee... Layan je la...^_^...

Ayuni's Cake


The chickens.... Krrroookkk!!!

The Beauties.... LOVE LOVE LOVE


The Boyzzz.. Oppsss...heeee~


US....

The Faces...


K23's Family... Four Years B4...

Sekian sahaja...=)

June 19, 2012

Mr. F (Part 4)

Assalamualaikum....

Haii,,,

Pada hari yang berbahagia ni,,, i nk wt post ttg Mr. F... Mest Mr. F tggu,, bile la i nk wt post pasal beliau kn.. Btol x? heheehe.. Okay Mr. F... Hari ni i ada special post for you... So,,, sila fokus!!!..

First skali,,,,

Happy Graduation Day, Dear,,,

Sory dear,,, cuz it's already too late to wish in here, but i still want to do so...^_^...


Us!!!

Congrate dear!!!!
Yayy!!!!
Mr. F & friends...

Floweryboy!!! OPppssss... haha..

Sekian saja....^_^.....

June 12, 2012

Cameron Highland,,,,

Hai Hai Hai.....

Bermulalah misi menulis cerita... Cerita apa??? Ini adalah cerita... Apakah cerita itu?? Maka t'jadilah sebuah cerita.... HahaHaha...

Kegigihan menulis pada hari ini adalah kerana rindu utk menulis... i love to write... anything, as long as it is a good thing... coz i'm a good girl..(Tetibe jer puji diri sendiri kat sini kan..)..Hehehehehehe....

Okay,, back to topic... Mei yang lalu , saya pergi ke Cameron Highland.(ayat giler skema). Tujuan utama,, nk minum tea dekat ladang teh (propa sgt tujuan i ni kn).... then, amek gmbar byk2 kt pokok2 teh..Gitewwww.... Gara2 nk tunjuk bakat sbgai model yang terlebih tauliah.. Hahaha... (Ayat mesti x nk kalah...heee)...

Dan beginilah hasilnya....

Ladang Teh & Saya (Cuba cari di mana saya...haha)
Dan....

Strawberry Cheese 

Bila dh smpai Cameron ni,,, sume menda nk strawberry kn..huuu.. Apa lg,,, strawberry n cheese cake, i love cheese.... And...

Anis n flora2

tidak lupa jugak untuk ambil gmbar bersama flora flora... no fauna fauna k....huuuuu......

Sekian sahaja.....


Yayyy!!!!

Assalamualaikum....

Hai,,,,

Alhamdulillah.. Pada hari Isnin11/6/12 jam 5 ptg (masa haruslah tepat dan jitu,,,huhuhu)... Tamatlah final exam insan yang bergelar khairunisa @ anis ini sebagai seorang mahasiswi ijazah sarjana muda... Cepat nye rasa masa berlalu... tgk2 dh 4 thn blaja kat sini....

Baru hari ni berkesempatan menulis setelah sekian lama menyepi.... Almaklum lah kan.... byk menda yg kena setle kn...=)...

Semangat b'kobar2 nk menghupdate blok yg berhabuks ini... huhuhu...

Sekian sahaja....