June 22, 2012

Alhamdulillah... Got two gold medal (INPEX US)


Assalamualaikum....

Hai...


Terima Kasih UMP kerana telah sediakan artikal ini dgn lengkapnye,,,So,,, sbg membalas jasa baik ini,,, i gunakan dengan sebaiknya tanpa segan silu disini...huuuu~

So, hari ni post i just copy & paste... Heee~.


UMP Raih 4 Pingat Emas dalam INPEX Amerika Syarikat


 
Amerika Syarikat, 15 Jun- Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya  mencipta nama di persada antarabangsa apabila menang empat pingat emas dalam Pameran Rekacipta & Produk Baharu atau dikenali sebagai INPEX 2012 yang berlangsung di Monroeville Convention Center, Pittsburgh, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dua pingat emas disumbangkan penyelidikan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) yang diketuai Dr. Arun Gupta yang mencipta krim anti penuaan daripada bulu ayam berjaya meraih dua pingat emas bagi kategori Kimia dan Produk Rawatan Peribadi.

Penyelidikan bertajuk “ Formulation of Anti Aging Cream With UV Protection From Chicken Feathers’  ini turut dijayakan bersama Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Siti Nur Khairunisa binti Mohd Amir.

Menurut Dr. Arun, protein keratin yang diekstrak daripada bulu ayam mengandungi jujukan asid amino yang tinggi  dapat membantu merangsang pertumbuhan semula sel kulit baharu.

“Ianya dapat menggalakkan pertumbuhan semula kolagen dan elastik sehingga menyebabkan kedut hilang secara perlahan-lahan.”

“Kebanyakan produk krim penuaan dari luar negara dihasilkan menggunakan bulu biri-biri yang diekstrak kerana pengeluaran di sana tinggi peratusannya.

Berbeza di Malaysia, peratusan penternakan ayam di Malaysia adalah lebih tinggi, maka ianya lebih mudah diperolehi dan harganya pula jauh lebih murah.

Beliau berkata, beberapa siri uji kaji turut dilakukan dan mendapati krim yang dihasilkan ini selamat digunakan; bebas daripada bahan yang membahayakan pengguna serta tiada kesan sampingan.

Sementara itu, UMP turut menerima satu pingat emas hasil penyelidikan Dr. Jolius Gimbun dari FKKSA menerusi tajuk penyelidikan “Chemically Treated Limestone Based Catalyst (LBC) for Biodiesel Production” yang dijalankan dengan penyelidik Chitra Charan Suri, Shahid Ali Wafa Muhammad dan Dr. Said Nurdin.

Pingat emas keempat diraih penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Profesor Madya Dr. Zularisam Abdul Wahid. Penyelidikan bertajuk  “UMP CaO granules: POME for Energy” turut dibantu penyelidik Abdul Syukor Abd. Razak.

Pameran INPEX adalah pameran terbesar yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kendalian oleh InventHelp dalam mempamerkan  pelbagai ciptaan, produk baru dan inovasi yang menjadi tumpuan pereka, usahawan dan wakil industri dari seluruh negara.

Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 20-06-2012, 16:42:46

No comments:

Post a Comment