December 29, 2013

From flowerygadis.blogspot.com To snkhairunisa.blogspot.com

Assalamualaikum....


Hai...


Sebelum 2013 melabuhkan tirainya, akhirnya i tukar url blog i. Alhamdulillah, actually i was thinking about this long time before. I need an url that suits me as an adult in progress... hehehe..

Actually, there was a story how flowerygadis came into my mind. I will make an entry about it later... heeee

So, url blog ini telah bertukar kepada snkhairunisa.blogspot.com.

snkhairunisa stand for 'siti nur khairunisa'. My full name given by my lovely parents... ^^

Sekian....

December 25, 2013

I am Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum...


Hi,,,


Hari ni i exited nak share dengan semua yang i secara rasminya menjadi Shaklee Independent Distributor. ^^

Actually i dah ambil supplement shaklee ni beberapa bulan yang lepas. Nanti i cerita Vitamin apa yang i ambil dan kesannya... heeee...

Pada awalnya, i bukanlah ahli. Hanya membeli daripada roommate i. heeeee... Namun, setelah merasai sendiri kesannya, i mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan menyebarkan kebaikan shaklee kepada keluarga dan juga kenalan. Semoga dipermudahkan. Amin... ^^

Here my details...


Okay... Kalau x jelas gambar Shaklee tu. Kat sini i sertakan details...

Nama: Khairunisa Amir @ Anis
Shaklee ID: 1092851
No Phone: 013-9520593
Email: taufikanis@yahoo.com
Location: Kuantan

Kalau ada yang nak beli apa2 supplement, boleh contact i... Kalau nk jadi distributors pn, sangat dialu-alukan untuk contact i... 

Spread the love to be loved...

Sekian, terima kasih...


December 15, 2013

Late Dinner @Lilawadi

Assalamualaikum...


Hi,,,


Semalam, lepas jaga test Chemical Reaction di malam minggu. I dengan shila yang kelaparan telah mengambil keputusan utk late dinner...heee. 

Okay. Sebelum ckp pasal dinner. Mari kita melihat gambar adik2 comel ini menjawab test....^^

Adik2 yang tengah jawab test...


Diorang seriously comel. Sebab ini first time kami jaga test diploma students. Siap ada yg ckp "Thank you,  teacher"... X pasal2 i dapat title cikgu... Amin..... :)

Okay. Back to dinner story. Makanan kt Lilawadi ni best. Menepati citarasa i... heee. And manggo cheese cake sangat awesome!!!

Manggo cheese cake...

Lepas ni confirm i datang lagi. Heee... Location Lilawadi ni dekat Jalan Teluk Sisek. On the way ke Teluk Cempedak.

And, this is me... Midnight @ Lab...

Sekian...

December 11, 2013

11.12.13

Assalamualaikum...


Hai...


Tarikh hari ni best... hehehe... 11.12.13...

So, apa yang i buat hari ni? Hurrmmm....

Meeting, key in markah, and updating literature review (as usualsss).... Heheee...

Actually, apa yg i nak share, x de kena mengena pun dgn apa yang i buat hari ni...huuuu...

I just nak share pics i keluar dgn Mr. Taufik...heeeeee.... X dating mana pun (adik2 Mr. Taufik pn ada sekali...heeeeee)... Jumpa kejap2 jer...

Me... I LOVE YOU.... ^^

So, jom tengok2 gmbar... Masa ni kami sama-sama tgh tunggu kereta Mr. Taufik di tinted... Berjam-jam jugak la... Hahaha... Sbb tu mcm2 pattern gambar yang diambil....heeeee~







Sekian... ^^

November 29, 2013

Konvensyen Pelaburan Bioteknologi Negeri Pahang 2013...

Assalamualaikum...


Hai,,,


Banyak betol post i hari ni... Hahaha... Untuk post yang ke tiga ni, i akan cerita tentang i join Konvensyen Pelaburan Bioteknologi Negeri Pahang 2013. Sangat seoronok. Boleh timba banyak pengalaman baru. Event ni dibuat di Zenith Hotel (14 November 2013).

Event ni sangat bagus, sebab ia menerangkan akan kepelbagaian cabang dalam sektor bioteknologi. Ada juga yang menawarkan projek2 untuk diusahakan dan juga peluang2 pekerjaan. ^^


Anis... :)

Convention... 
Us.... ^^
Sekian...

First Time Masuk Stadium Darul Makmur...

Assalamualaikum...


Hai,,,


Apabila usia telah menginjak 24 tahun, inilah kali pertama masuk ke Stadium darul Makmur...Huhuhu... Itu pun sempena Hari Peladang tempoh hari dan juga pada masa yang sama ada sambutan sempena Pahang menang Piala Malaysia...^^

So, apa lagi. Gunakan kesempatan yang telah diberi. masuk stadium pun free... And, here we are....



Sekian sahaja... ^^

Hari Peladang 2014 @ Kuantan...

Assalamualaikum...


Hai,,,


Sebenarnya, Hari Peladang ni diadakan di Kuantan awal November tempoh hari. Namun, baru sekarang i dapat share pasal experiences masa kat sini... hehehe

It was fun. I dengan kawan2 lama jugak la kat sini. Hehehe... Mula2, kitorang pergi ke booth MARDI. Dekat sini, kebetulannya pulak masa kami masuk, kami dijemput untuk mendengar talk daripada pihak MARDI. Jadi, tanpa mengecewakan pihak yang menjemput, kami pun masuk la tempat untuk dengar talk tu... Dan,,, talk yang kami dengar sangat lah berguna untuk kami dan juga sesiapa yang mendengarnya. It was about khasiat limau kasturi dan juga madu kelulut.

After talk, kami pergi tengok booth2 yang ada semasa hari peladang ni... Seronok. Sbb leh tgk menda2 yang cantik, rare and of course, untuk menambah pengetahuan kami tentang pelbagai perkara.

Design reban ayam... Masa ni kat booth Mardi...

Kulit kayu manis yang sangat besar dan panjang...

Buah nangka.... ^^

Pokok orkid...

Booth2 masa Hari Peladang...

Booth Risda... Siap amek gambar dengan pokok getah...haha

Nenas No.1...huhuhu

Lovely friends and Nenas..... hehehe

Sibuk sangat masuk contest...hahaha
Masa dekat Hari Peladang ni, banyak sangat organisasi yang join. So, diorang bukan sahaja buat exhibition, diorang ada jugak buat contest untuk pelawat2 yang datang kat booth... So, apa lagi. Masuk banyak2 contest selagi boleh... Heeeee.... dan,,, surprisingly, i menang. Teka berat buah kelapa sawit. Hahaha... Dan gambar di bawah merupakan price giving ceremony (Alhamdulillah)... heeeeee....

Menang... Yayyy!!!
Dan inilah hasil daripada jalan2 kat Hari Peladang tempoh hari. ^^

Barang2...heeee...

Hadiah.... heeeee.... Alhamdulillah... ^^

Hadiah juga... Baja pokok kelapa sawit... ^^
Sekian sahaja... ^^

Pics credit to: Asma 

November 25, 2013

Melawat Handsome Baby, Abdullah Azzam... ^^

Assalamualaikum...


Hai...


Last weekend, i dengan kawan2 pergi melawat baby, his name is Abdullah Azzam. Azzam was born on 3rd October 2013 at 4pm. So, last Saturday, he was just 51 days old. Oppsss,,, banyak sangat cerita pasal Azzam, nanti ummi nya jelous pulak...hahaha... Azzam adalah anak pertama kak long (atikah) dan suaminya... Tahniah kak long. I'm happy for you... ^^


Azzam, the handsome boy... :)
Azzam dan ummi Azzam(kak long)...^^
Sepanjang visit, most of the time, Azzam was sleeping. So, aunties have no choice... We took pictures of Azzam while he's in deep sleep. Hahhaha...

Mamacik & Azzam... ^^ 

Sorry Azzam, mamacik nk jugak try pegang Azzam.hehehe... And, i did it... Yahoooo... Walaupun, agak kekok di situ... hahaha... Apa2 pn, azzam kelihatan macho dalam pangkuan i...hehehe....



Bila dah datang rumah kak long ni, destinasi yang wajib dikunjungi ialah pantai... Jalan beberapa langkah je, dh boleh sampai pantai yang sangat landai... Cantik.... ^^... So, bila dah ada kat pantai yang cantik,,, haruslah ambil gambar kan... heeeee~

Mirror2... View yang sangat cantik... ^^ (no filter)

Sekian sahaja lawatan aunties ke rumah Azzam. Semoga Azzam menjadi anak yang soleh... Amin...^^


November 22, 2013

6 Tahun Sudah... ^^

Assalamualaikum...


Hai....


Pejam Celik, Pejam Celik, Tengok2 tarikh hari ni, 22/11/13... And it is our's 6th Anniversary ... Alhamdulillah... In Sha Allah. Semoga perhubungan ini akan terus melangkah ke peringkat seterusnya. Doa2 kan... Amin... ^^

And, here i show you the first picture of us, taken during our matriculation days.


Mr. Taufik was soooo slim back then.. heeee... I sajer x nk letak gambar Mr. Taufik yang sekarang. Malu katanya... Oppppsssss.... Hahaha....

Sekian... ^^

November 03, 2013

Pahang Menang Piala Malaysia 2013!!!

Assalamualaikum....


Hai...


Hari ini dalam sejarah... Pahang menang Piala Malaysia 2013. Setelah sekian lama menanti. Alhamdulillah.. Tengok live streaming sahaja... X de television kat sini... Sob3.... Huuu...

Satu perlawanan yang penuh debaran... Heeeee....

This is Pantai Timur... Peace... (^_^)\/

Sekian...

Gara-gara Nak Tengok Cerita Thor: The Dark World...

Assalamualaikum....


Hai...


Haaaaa... Tengok tajuk yang panjang ni pun, pasti ada kisahnya kn...heeeee.... Oleh sbb nk sgt tengok cerita ni, sanggup awal2 beli tiket online...hehehe... Dan, percaturan kami betol... Semalam, di kuantan, tersangat ramai rakyat kuantan pergi bercuti ke mall... hujung2 minggu pulak tu kan.... huhuhu....

Nasib baik we all keluar awal dh... Nak cari parking...berkurun jugak lerrr... hahaha... Okay, gambar kat bawah ni masa cari parking....

Kereta siap beratur atas bukit ni... Gara2 nk cari parking... huhu
Then, yang kat bawah ni pulak, masa naik escalator... You all can see betapa ramainya dan crowded nye mall di sekitar kuantan semalam... Huhuhuhu....

See... Betapa ramainya rakyat kuantan... hehehehe
Kalau la we all x beli tiket kt bawah ni awal2, nampak gaya nya, x tau bila boleh tengok cerita Thor ni... Sampai je kt dpn GSC... Beratur panjang orang nk beli tiket movie... Huuuuuuuuu~

Tiket movie kami...^^
Selesai tengok movie, sambil2 tunggu Farhana membayar barang shopping beliau... I duduk2 dulu.. sambil termenung dan bergambar... Thank to photographer, SheKechik... heeeeeeeee....

Termenung jap... Memikirkan????Heeeee...
 Lpas dah cari semua barang2 yang diperlukan... Sebelum balik, ambil gambar dulu... huuuuu....

Anis and Farhana....

Anis and Asma...
Setelah sampai tempat yang dituju, apa lagi. Rehat2 la.... ^^

Sekian...

Thor: The Dark World...

Assalamualaikum....


Hai...


Bila i dengar je Thor dh tayang, berkobar kobar nk tgk citer tu... So, bila dh berkobar-kobar, kita tengok aje la...heeee... Lebih2 lagi sekarang ni kn cuti...hihihihihi....

Here, our self print ticket... Gigih okay...^^

Thor: The Dark World...

Overall citer ni best... Kelakar... Cerita ni pasal Thor and the geng nak pastikan kesejahteraan sembilan bintang daripada penjahat2... Dan akhirnya??? Haaaa... Tu korang kena tengok sendiri... Heeeee....

Sekian....

October 30, 2013

Mini Giveaway By Nabila Medan


Saya Bertugas!!!!

Assalamualaikum....


Hai....


Kali ni pulak, i nak cerita tentang pengalaman apabila bertugas sebagai pembantu felo... Ini semalam punya cerita...huhuhu... Nak dijadikan cerita. semalam, ada dua pelajar sakit... Pada hari yang sama dan di tempat yang berbeza. Ni gambar i dengan picing masa sampai kt htaa. Dua2 pembantu felo yang perlu selesaikan tugas... Huhuhu... Muka cing dah penat sgt tu....huuuuuu


Kes Pertama:

Adik ni dia x sihat. Tapi dia merasakan jika dia pergi lari2 @ bejogging, dia akan mengeluarkan peluh, lantas, pulih dari rasa tidak sihat itu. Namun, apa yang diinginkan tidak berlaku. Yang berlaku adalah sebaliknya. Dia mengalami kekejangan di separuh badan belah kanan... I dengan kawan i plak yang kena handle problems ni... Masing2 tangan keras...hahaha... Orang pusat kesihatan dh ajar cara2 nak handle. Tapi malangnya. Keadaan student ni di luar jangaan. So, kami bawak la dia ke pusat kesihatan. Setelah diuruskan oleh pegawai bertugas. Tidak lama kemudian segalanya selesai... alhamdulillah...


Kes Kedua:

Adik yang sorang lagi ni pulak. Appendix pecah... Kesian dia. Kena operate smlm jugak. Fmly dia jauh... Kawan yang menemankan pelajar yang sakit, naik ambulans sama2. Masa nak balik tiada sesiapa yang dapat membantu untuk ambil rakan ini pulang ke ump. So, ini salah satu part dr kerja pembantu felo jugak. ambil student dari hospital. So, smlm, kul 10 mlm, bertolak dari ump pergi htaa.. Sampai htaa, balik semula ump... dah dekat pukul 12 baru sampai bilik.

Panjang betol penceritaan kes2 yang berlaku ni kn... huhuhu... Actually, this is the first time i have to face this kind of situation. Sbb sebelum ni, yang berlaku hanyalah, student teringgal kunci dan perkara2 yang dapat diselesaikan dengan segera.. Inilah yang dikatakan cabaran...


Sekian...



Outing Bersama Budak Sekolah...^^

Assalamualaikum...


Hai,,,


Last wekend, i telah diajak oleh seorang budak sekolah yang tinggal di asrama dan bernama Syafiqah untuk keluar outing bersamanya... Hahaha... Syafiqah ni sepupu i... :)

Jadi bermulalah pengembaraan outing i, Syafiqah, Asma and Picing. Motif utama Syafiqah ingin keluar adalah untuk makan McD. So, kita layankan sahaja... Heeee~

Bila kita dh outing2 ni, jom kita tengok gambar... ^^


Makan2...huhuhu


Asma and Syafiqah...

Miss Anis & Picing...


Sekian sahaja....



Resepi: Kimchi... ^^

Assalamualaikum...

Hai,,,


Hari ni i nk share satu resepi... Ala chef2 gitew....hahaha... Oleh sbb hobi i dan kwn2 menonton drama korea... Kalau korang tengok mana2 cerita korea la... Cara diorang makan memang menunjukkan makanan tu sedap sangat... Mcm mana la i x terpengaruh... Haha.... Bukan i sorang saja yang terpengaruh, okay!!!... Kawan2 i pun sama.... Huuuu.... So, seperti yang kita semua maklum. Salah satu makanan korea yang menjadi kegemaran ialah KIMCHI... And guess what??? 

Tada.... Our KIMCHI untuk yang pertama kalinya... We did it!!! Yayyyy!!!...

KIMCHI yang kami buat...


Resepi yang i bagi ni basically based on apa yang kitorang buat... Uolllsss nk adjust2, it's okay. Ikut selera masing2... :)

Bahan utama:

1. Kobis panjang (2). Kobis ni dibelah 4. Tapi ikut jugak la kobis korang besar mana. Kalau besar sgt. Potong 6 pun boleh... Lepas tu, tabur garam kat setiap helaian kobis tu. Function garam ni, untuk kecutkan kobis... Biarkan dalam 3 jam... Kiteorg biarkan dalam 2 jam jer... X tahan ngantuk beb, buat tgh mlm punya pasal...hahaha. Lepas tu, bilas dan tos.

Kobis yang dibelah 4...


Bahan Perencah:

1. Radish/Lobak yang berwarna putih (2)...  Diparut... 
2. Daun bawang @ daun kucai (beli yang satu ikat kecil jer). Potong dlm 2cm...
3. Serbuk lada (60g).
4. Sos ikan (60ml).
5. Shrimp paste @ cencalok (stgh botol).
6. Vitagen. (stgh botol). Yakult pun boleh... We all guna perisa original... 
7. Halia 2cm + bawang besar 1 + bawang putih suku labu.(3 bahan ni dikisar bersama)
8. Gula dan garam. Ikut citarasa uolllssss k...
9. Gaul semua bahan.
10. Lumur paste dekat setiap helaian kobis td tu... Lepas tu peram dalam 8 jam-2 hari. Lepas tu, simpan dalam peti, siap... Yayyyy!!!

Ni bahan-bahan rencah sebelum digaul...

Hasilnya... ^^


Selamat mencuba....

Sekian...