July 29, 2015

Prosedur Buka Buku Merah di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum...


Hai...

Alhamdulillah. Syukur. Setelah hampir setahun menunggu, anis disahkan mengandung. Anugerah yang sungguh tidak ternilai harganya dikurniakan kepada kami. Semoga zuriat-zuriat yang dilahirkan sempurna akal, rupa, sifat dan akhlaknya dan juga menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin.

Entry kali ni anis nk ceritakan cara-cara untuk membuka buku merah/mengandung di klinik kesihatan. Dari pembacaan anis, setiap klinik, prosedurnya lain. Jadi, sebelum pergi tu, call dulu klinik kesihatan yang kita plan nk pergi.

Okay, anis akan ceritakan step by step. InsyaAllah, akan membantu. Terutama untuk yg first timer. Mcm anis hari tu. Bertanya sana-sini.. Hahaha... Sbb x tahu kan. Baca jugak blog2. Tp, biasala kan. Lain tempat, lain caranya... ^^

1. Untuk buat buku merah ni, kita kena pastikan kita mengandung. Harus la kn... Huhu.

Pengalaman anis: Melalui pembacaan anis di blog2 lain. Kita kena sahkan yang kita ni pregnant kat klinik2 swasta. Gigih okay, i dengan husband pergi beberapa klinik swasta...huhu... Masa mula-mula masuk klinik tu, pergi la tanya kt kaunter. I cakap la "Saya nak surat yang mengesahkan saya mengandung"... Tiba2 orang kat kaunter tu tercengang... (Malu i...Hahaha)... Lpas tu, orang kat kaunter tu cakap, kita akan buat upt test sahaja untuk sahkan kandungan... Lpas tu diorang x buat surat pengesahan mengandung... Diorang cakap, tunggu kandungan 8 minggu, terus pergi klinik kesihatan bukak buku merah. Okay... (2,3 klinik i pergi, dapat jawapan yang sama). Tapi kalau korang nak, boleh je request check upt kt klinik tu & scan. Nk bg puas hati. ^^

P/S: Situasi mungkin berbeza, kalau individu tersebut bercadang x nk buat buku merah dan plan untuk check up & melahirkan di hospital swasta.

Jd, apa yang anis lakukan. Sudah menjadi rutin anis, anis tandakan 1st day period dalam kalendar phone. Bila usia kandungan sudah mencapai 8 minggu dari 1st day period, anis pergi ke klinik kesihatan untuk buka buku merah. Pagi sebelum pergi klinik, anis sempat lg check upt... Lpas tu, bila nurse tanya, i jawab, pagi td i baru buat upt test, ada dua line + dah 8 minggu miss period. Sememangnya, i memang gigih + apa2 buat mesti nk ada bukti...hihihi....

2. Klinik kesihatan yang harus dikunjungi mestilah berdekatan dengan alamat tempat tinggal.

Pengalaman anis: Untuk kita confirm, klinik kesihatan mana yang harus kita kunjungi, kita kena call klinik-klinik kesihatan yang ada berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kita. Macam anis pulak, anis call klinik kesihatan seri kembangan beberapa kali, tapi x angkat la pulak. So, anis dan husband pergi terus klinik kesihatan seri kembangan, dan bertanya. "Saya tinggal di alamat sekian2, boleh ke saya bukak buku merah saya di sini?". Okay. Confirm, anis kena buat buku merah kat sini. Lepas tu tanya pulak, "Usia kandungan berapa minggu boleh bukak buku merah?". Nurse tu tanya pulak i. "Berapa usia kandungan awak?". Kebetulan masa tu 7-8 minggu. I jawab. "7-8 minggu". Kemudian, nurse tu cakap. " Okay, awak datang hari Isnin minggu depan, sbb hari Isnin je boleh bukak buku merah". Isnin berikutnya, i dgn husband pn pergi buka buku merah di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Alhamdulillah.

P/S: Lain klinik, mungkin lain caranya. So, apa2 pn, kena call dulu klinik kesihatan yang terlibat. Tanya terus, apa yang perlu dibawa untuk pembukaan buku merah ni. Sesetengah klinik, memerlukan kita untuk bawak salinan ic suami, surat nikah dan lain-lain. Sesetengah klinik, tidak perlu.

P/S: Bagi yang bekerja tu, nurse nasihatkan, masa nak buka buku merah ni dinasihatkan ambil cuti sbb boleh ambil masa lama. I hari tu, sampai tgh hari. Sbb kena check urine, darah, dan lain-lain. Dentist pn i terus jumpa pada hari yang sama. Alang-alang kan... Baik check semua...^^

Okay, panjang lebar cerita i hari ni... Harap-harap dapat membantu, walaupun sedikit. Terutama untuk yang first timer... Hehehe...

Kalau ada pengalaman yang berbeza, sangat digalakkan untuk share pengalaman anda..^^

Sekian, terima kasih...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum...

Hai...


Hari ni dah 13 Syawal. Sudah hampir dua minggu kita beraya. Alhamdulillah... Sekarang ni kembali kepada rutin harian biasa... Huwaaaa... Nak cuti lagi....hihihi...

Raya kali ni, i x dapat nk menikmati sangat... Sebab??? Nanti i story lebih2 k...hehehe...

Gambar x banyak kali ni... Sebagai kenangan, i kepilkan 2 gambar ini... ^^


 
Sekian...