October 03, 2016

Resepi Udang Masak Lemak

Assalamualaikum


Hi...

Semalam i masak udang masak lemak dan alang-alang memasak. Jom kongsi-kongsi resepi.


Udang Masak Lemak: (2-3 orang makan)

Udang  (20-30 ekor sederhana besar)
Bawang besar*  (2 biji)
Cili api*  (5-7 biji)
Kunyit hidup* (1 inci)
Halia* (sedikit je)
Serai (2 batang)
Santan

Cara Penyediaan:
Kisar bahan bertanda*. Letakkan bahan kisar bersama dua cawan air ke dalam kuali. Panaskan. Letak serai. Bila dah mendidih, isi santan. Kacau sampai mendidih sekali lagi. Last sekali, letak udang. Siap...

Senang kan...

Resepi daripada seorang tukang masak amatur... hehe

Gambar dekat... Nyum3...
 Sekian...

October 02, 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Assalamualaikum


Hi...



Hari ini bermula tahun baru Hijrah 1438H. Alhamdulillah.
Semoga Tahun Baru ini, memberikan kebaikan kepada kita semua. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Semoga kita semua dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Amin.



Salam Maal Hijrah dari kami sekeluarga...
Sekian...

Ariq Jalan-Jalan Light Sensation 2016

Assalamualaikum...


Hai...


Rabu lepas, kami sekeluarga jalan-jalan ke MAEPS, Serdang untuk melihat keindahan LED roses and others di Light Sensation. Light Sensation ni start dari 7 September - 1 October 2016.

So, apa lagi. Bila kita dah masuk tempat cantik-cantik ni, mari kita bergambar. Jom layan gambar-gambar.

Gelang tangan. Huhu. Ariq pun kena pakai.

Entrance
Di Light Sensation ni, ada beberapa tarikan, Antaranya ialah 30k LED roses, escape games, ferris wheel & love park.

Mula-mula sekali, lalu di love park. Kat sini, banyak perkataan dan gambar LOVE. Macam-macam jenis LOVE ada. Antaranya seperti gambar kat bawah ni...hihihi

LOVE
Ariq & Abi
LOVE lagi.
Next, teruskan berjalan sampai tempat 30k LED roses tertanam. 

Gambar tak jadi... Hahaha


Dahaga pulak Ariq. Minum air kejap...hehe

Pandangan LED roses dari atas Ferris wheel. Bentuk bunga raya.

Abi, Ariq & roses

My boy...^^

Kesayangan




Okay, dah penat berjalan. Masa untuk pulang. Masa nak pergi ke Laman Florikultur di mana berlangsungnya Light Sensation ni, kena naik bus terbuka macam gambar kat bawah ni. Kereta kena parking tempat lain.

Bus pertama yang Ariq naik.hihi



Sekian..

October 01, 2016

Ariq Jalan-Jalan KLCC

Assalamualaikum...


Hai..


Hujung minggu lepas, first time Ariq ke KLCC... Dan first time juga Ariq naik train... Yayy!!!

Okay. Sebelum kita mulakan perjalanan. Mari breakfast dulu...

Ariq breakfast

Lepas breakfast, kita tidur... hihihi... I dengan hubby decide untuk naik di Putra Heights. First station and direct to KLCC. No need to tukar train. 

Ariq mengantuk la pulak. So, tidur dulu...
Untuk details perjalanan kami:

Di Stesen Putra Heights, rate untuk parking RM4.00 per day. Dan perjalanan sehala untuk seorang ke KLCC  RM4.80. So, jumlah keseluruhan pergi balik naik train dari Putra Heights ke KLCC untuk dua orang ialah RM19.20. Masa perjalan sehala pula, lebih kurang 30-40 minutes.

I, Hubby & Ariq

Ariq & I
Masa nak naik train, Ariq bangun... Seronok Ariq melihat sekeliling. Dan, sepanjang perjalan pergi ke KLCC, Ariq enjoy!!!
Gaya bersahaja Ariq...

Wefie

Ariq tengok apa tu?
 Dah sampai dah... Jom ambil gambar banyak-banyak...

KLCC

Abi dan Ariq

KLCC & I...

Ariq & Ibu.

Us...^^

Ariq & KLCC

Happy nya Ariq...
 Okay, selesai dah ambil gambar di sekitar KLCC. Jom kita balik...

Ariq dah mengantok...

Ariq tidur dah....
Sepanjang perjalanan balik, Ariq mengantuk dan tidur dengan sangat lena. Heeee...

Alhamdulillah... Selesai perjalanan Ariq ke KLCC pada usia 8 bulan...

Nantikan Ariq Jalan-Jalan seterusnya...^^

Sekian..