April 21, 2017

Happy birthday to me...


Assalamualaikum...


Hai...


Today is my birthday. Alhamdulillah. Syukur. Kali ini disambut bersama keluarga. Terima kasih kesayanganku...

Birthday cake yg dipotong bersama Ariq... Alhamdulillah...

Close up blueberry cake yg sedap...

Selfie di hari ulang tahun kelahiran... ^^
Sekian sahaja...

April 11, 2017

Berjalan Jalan di Pulau Pangkor (Part Perbelanjaan)

Assalamualaikum...


Hai...


Hujung minggu lepas, kebetulan sudah sampai di Lumut, Taufik and i decide untuk pergi ke Pulau Pangkor. Alhamdulillah. Kami pergi sehari jer. Pergi pagi. Balik petang. Hanya bersiar siar. Ada la 2 kali pusing Pulau Pangkor. Hehe... X main permainan air. Sbb dgn anak kecil & cuaca agak panas.

The view..... ^^

Us... Dalam kereta sewa di Pulau Pangkor... Hehe

Untuk entry kali ni. I decide nak share perbelanjaan masa di Pulau Pangkor. Mana tahu boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang nak pergi ke Pulau Pangkor. Okay. Ini detailnya.

Perbelanjaan:

Tiket feri: RM14.00/seorang (Pergi dan balik)
Sewa kereta: RM80.00/sehari
Sewa motor: RM40.00/sehari
Laksa goreng: RM3.00 satu pinggan

Okay. Ni je la perbelanjaan kasar masa kt sana. Kami ambil kereta untuk pengangkutan sebab ada anak kecil kan. Kalau pergi dengan kawan2 @ honeymoon. Naik motor lagi syokk...hehehe... Tapi apa2 pun terpulang pada pilihan uolllssss kan... ^^

Kalau pergi ke pangkor. X sah kalau x makan laksa goreng kan. Uolsss patut try. Sedappp!!!

Laksa goreng

Laksa goreng ni. I beli dekat Pulau Pangkor. Bungkus. Makan di hotel. Hehehe...

Okay. Next entry. I cerita tempat tempat yang kami pergi pula..


Sekian...

April 06, 2017

Pics Art & FocusNFilter

Assalamualaikum....


Hai....


I terjebak... Hahaha... Ni la apps viral sejak beberapa hari ni...

Okay. Mula2 sekali i install FocusNFilter... Dan inilah hasilnya....

Haaa.... Cantik kan... Hehehehe...

Kemudian... Ternampak la pulak ada orang edit gambar lpas tu tulis2 mcm kt atas ni...

Ish, x boleh jadi ni.. Hahaha...

Lpas tu, install pula Pics Art... Dan... Digabungkan bersama FocusNFilter... Inilah hasilnya...


Okay. Best. Lpas ni boleh edit banyak lagi gambar... ^^

Sekian.

April 05, 2017

Berjalan-jalan di Photon Valley ECO Resort

Assalamualaikum...


Hai...


Last week i, taufik and ariq pergi ke Hulu Langat. Kebetulan taufik ada urusan di sana. First time ariq pergi ke hulu langat. Hehhe. Tempat yang kami pergi tu namanya Photon Valley Eco Resort. Cantik tempatnya....

Okay. Sebenarnya i ada banyak gambar untuk menceritakan keindahan alam di sana. Chewahhh.... Hhehehe....

So, tidak perlu banyak cerita. Biar gambar berbicara... Githewwwww....

Ariq in action... hehehe


Ariq and Abi...

Ariq posing...hehehe

family...^^

Ariq and Ibu...

Bergambar di tepi kolam...

Ibu ajak posing. Ariq nk jalan...hehehe
Sekian...

Sekian...

April 04, 2017

Madah yang tidak berhelah

Assalamualaikum,


Hi,


Bermulanya hari- hari sebagai seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD). Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu dipelajari.


Nak jugak la letak gambar i hari ni... Hehhee...


Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku. Amin...

Sekian...

April 02, 2017

Oh Pisang Goreng...

Assalamualaikum...


Hai...


Ariq Oh Ariq... Alkisahnya... Pergi beli pisang goreng cheese di kedai... Balik je rumah, pisang goreng tersebut diletakkan di tempat rendah dan mudah dicapai oleh Ariq. Dan tidak lama selepas itu...


Dipersembahkan....


Pisang Goreng Dalam Troli... hahaha

Tempat kejadian... Hahaha

Tak payah dihidangkan. Ariq tolong hidang pisang goreng dalam troli feveret dia... Heee...

Sekian sahaja. Nanti i cerita lagi...

April 01, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum...


Hai...


Sekarang ni LAZADA buat SALE uolsss.... Lazada Malaysia Big Baby Fair dari 27 March - 2 April 2017... Diskaun kaw-kaw punya... Sampai 85% diskaun tuuuu.... Jom bukak Lazada sekarang!!! Mmg hobi i la buka aplikasi lazada ni. Dan bermacam-macam dah barang yang dibeli..hihihi... Terutama sekali barang-barang keperluan dan permainan si comel, Ariq... ^^

Ariq bersama set bertukang yang dibeli dari LAZADA. Ariq posing dengan set bertukangnya. hihihi

Salah satu menda wajib yang akan i dengan husband survey dekat aplikasi Lazada ialah diapers. Ni menda penting ni. Lagi-lagi sesiapa yang ada anak kecil kan...hehe... Biasanya diapers yang dijual di Lazada ni sangat berpatutan. Jenama diapers yang ariq pakai ialah Drypers Drypantz. Mmg serasi la diapers ni dengan ariq. Alhamdulillah. Setakat ni tiada lagi masalah kulit apabila ariq menggunakan Drypers Drypantz. :)

Drypers Drypantz
Okay. Untuk susu formula pulak. Pilihan ariq Dutch Lady. Ya, pada mulanya susah nak bagi ariq biasakan minum susu formula sbb sebelum umur setahun. Ariq hanya fully breastfeeding. Dan setelah i ambil keputusan untuk sambung belajar. Jadi, ariq pun kena belajar juga minum susu formula ni. Alhamdulillah. Ariq minum dengan jayanya...^^

Dutch Lady Curious 1-2
Untuk satu produk dari Lazada Malaysia yang i plan nak beli untuk Ariq ialah Little Rabbit 4 in 1 Children Tricycle. Comelll sangat... Dan ianya sesuai dari seawal usia 1 tahun. Yayyy... Ariq dh boleh bawa basikal...hehehe...

Tricycle... ^^



Sekian sahaja... :)